Friday 22 July 2016

Trip 1: Fly To Jogja Baksis 45 (Hari ke-3)

Tempat dan aktiviti yang kami lalui:

18 Julai 2016, Isnin

Universitas Sanata Dharma (USD)
Makan malam di Jalan Malioboro


Hari ini merupakan kemuncak bagi aktiviti mobiliti kami di sini iaitu Lawatan Ke Universitas Sanata Dharma (USD). Kami bertolak awal pagi menuju ke universitas dengan menaiki teksi. Tiba sahaja di sana, kami berasa teruja untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka.

Universitas Sanata Dharma

Kami disambut dengan baik oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Bu Titik Kristiyani. Kami dibawa ke Ruang Konferensi Magister Manajemen USDKami mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan program.

Daftar diri di hadapan Ruang Konferensi

Kami telah diberikan pengenalan daripada pihak USD dalam bentuk beg. Di dalam beg tersebut mempunyai buku nota, beberapa risalah berkenaan USD dan sebatang pen dicop USD.

Pengenalan dari USD

Pihak USD telah mengalu-alukan kehadiran kami di universitas mereka. Acara dimulakan dengan perkenalan diri dari pihak USD kepada kami mewakili warga Universiti Putra Malaysia. 

Pihak USD yang dimaksudkan ialah Romo Patrisius Mutiara Andalas, S.J, S.S, S.T.D, selaku Wakil Rektor III USD. Kemudian disambung oleh Bapak Fx. Ouda Teda Ena, M.Pd., Ed.D., selaku Wakil Rektor IV USD, memaparkan sekilas tentang USD mengenai akademik dan ko-kurikulum. Setelah itu, Bapak Johanes Eka Priyatma, M.Sc., Ph.D, selaku Rektor USD, menceritakan tentang perkembangan USD dari waktu ke waktu. Turut hadir menyambut kami ialah Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) USD atau lebih dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar kalau berada di Malaysia.

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Kami diberikan peluang untuk memperkenalkan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengarah projek kami iaitu Vikneswaran Eiamurgu telah mewakili UPM untuk menceritakan serba sedikit mengenai UPM. Bermula dari struktur organisasi UPM sehingga mengenai kolej-kolej kediaman yang ada di UPM. Mereka mengenali UPM dengan lebih mendalam dan berhasrat untuk melebarkan lagi pendidikan seperti UPM. Meskipun USD merupakan universiti swasta di Yogyakarta, mereka mempunyai potensi dalam bidang pendidikan kerana awal penubuhan USD bermula dengan sebuah maktab pendidikan. 


Perkenalan dari Universiti Putra Malaysia

Peserta dari UPM dan USD memberikan tumpuan ketika perkenalan universiti

Bersama orang berpengaruh di USD

Setelah selesai perkenalan antara dua universiti yang berlainan negara, kami dihidangkan dengan minum pagi yang menyelerakan.

Minum pagi

Pelajar USD dan UPM

Kami telah dibawa oleh Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) untuk mengenali suasana pembelajaran di USD. Tempat pertama yang kami lawati adalah Kampus I yang berada seberang jalan daripada Kampus Manajemen.


Perjalanan ke Kampus I

Kemudian kami melewati kampus III yang terletak jauh ke dalam kota. Kami menaiki bas yang disediakan oleh USD untuk ke sana.

Bas USD

Kami meneroka persekitaran kampus III yang menggabung dua fakulti yang berbeza. Kami diberikaan penerangan oleh BEM mengenai pendidikan, dan kehidupan di kampus USD. Mereka sangat mesra dan melayani kami dengan baik. Kami dapat menjalinkan persahabatan bersama mereka tanpa mengira bangsa, agama dan umur.

Bilik kuliah yang dilengkapi cctv dan pemerhatian pensyarah melalui cermin gelap

Mahasiswa USD yang sedang melakukan aktiviti 

Toko yang diuruskan oleh pihak luar

Bilik pembacaan dilengkapi pendingin hawa

Persekitaran fakulti

Mengenali budaya masing-masing

Taman rama-rama yang sedang dibangunkan

Kami merasai buahan-buahan sambil berinteraksi sesama sendiri

Keadaan kami dalam bas yang rancak bersembang bertukar cerita

Kami pulang ke Kampus Utama iaitu Kampus II untuk melihat persekitaran di sana pula. Kebetulan semasa kami berada di sini, pendaftaran mahasiswa baru sedang dijalankan. Kami dapat menyaksikan proses pendaftaran USD. Tempat yang kami lawati ialah auditorium dan perpustakaan. Uniknya perpustakaan di sini mempunyai ruang luas sebelum memasuki ruang perpustakaan. Ruang luas ini mempunyai sebuah kedai buku dan ruangan untuk pameran.

Auditorium Driyarkara USD

Keadaan di dalam Auditorium Driyarkara USD

Perpustakaan USD

Kedai Buku yang berada dalam bangunan Perpustakaan USD

Selesai mengelilingi tiga kampus, kami memasuki semula Ruang Konferensi untuk sesi soal jawab dan majlis penutupan.


Sesi soal jawab antara pelajar UPM dan USD

Pemberian cenderamata daripada USD

Bergambar bersama BEM

Kami dihidangkan dengan jamuan tengah hari sebelum bersurai. Akhir sekali, kami dihantar pulang menggunakan bas USD.

Perjalanan pulang ke Ostic House

Pada malam hari, kami menaiki teksi untuk ke Jalan Malioboro. Kami menikmati keriuhan Jalan Malioboro yang dikatakan 24 jam operasinya. Terdapat banyak gerai di sini dengan menu yang sederhana. Harganya juga berpatutan. Secara jujur, Jalan Malioboro seperti pasar malam yang besar. Kami dapat mengetahui cara hidup orang di sini, cara jualannya dan cara mereka untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

Di gerai sate


Penulis,
Nabihah Taquddin

Trip 1: Fly To Jogja Baksis 45 (Hari ke-2)

Tempat dan aktiviti yang kami lalui:

17 Julai 2016, Ahad

Sultan Palace, Kraton
Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat, Kraton (Tamansari/Watercastle)
Makan tengah hari di Kedai Makan Makanan Padang
Pasar Satwa dan Tanaman Hias Yogyakarta (PASTY)
Makan maggi (masak sendiri)
Alun-alun Kidul (Selatan)

Kami memulakan perjalanan kami pada hari ini dengan sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak Ostic House. Kami mengambil peluang untuk membuat lawatan di tempat menarik yang berdekatan dengan Ostic House. Kami hanya berjalan kaki dan inilah pengalaman kami paling terindah sepanjang aktiviti mobiliti kami.

Kawasan perumahan di Jogja
Tempat pertama yang kami pergi ialah Alun-alun Kidul (Selatan). Kami berkesempatan menyaksikan pertandingan burung. Pertandingan berperingkat nasional. Sungguh meriah keadaan di situ. Melalui pertandingan ini, kami sudah mula mengenali budaya masyarakat Jogja yang menyukai memelihara haiwan peliharaan terutamanya burung.

Pertandingan burung di Alun-alun Kidul
Setelah itu, kami berjalan kaki menuju ke Sultan Palace. Sepanjang perjalanan, kami ditemani dengan kawasan perumahan di sini. Kami dapat mengenali corak dan bentuk rumah di sekitar Kraton. Kami melalui lorong-lorong perumahan yang hanya boleh dilalui motosikal. Kami sempat mendengar azan  zohor yang berkumandang pada pukul 11.45 pagi. Di kawasan perumahan ini terdapat banyak masjid yang hanya dibina berukuran rumah teres biasa. Tidak terlalu besar namun bilangannya banyak. Secara tidak langsung, kami menyedari faktor agama adalah dititikberatkan di Jogja.

Masjid di Yogyakarta

Di Sultan Palace, kami diterangkan oleh seorang pekerja tentang setiap kawasan yang ada di sini. Tempat ini diberitahu olehnya masih digunakan sampai sekarang ketika ada pertabalan raja dan upacara lain. Kami dapat menyaksikan keunikan dan sejarah daerah istimewa ini.

Sultan Palace

Kami menuju ke Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat, Kraton atau lebih dikenali sebagai Tamansari atau Watercastle. Perjalanan kami ke sini mengambil masa 10 minit. Tempat ini dipenuhi sejarah ketika zaman dahulu kala. Kolam yang berada di sini cantik sekali namun sejarah disebaliknya tidak seindah yang kita bayangkan.

Melalui jalan-jalan kecil
Keadaan semakin terik dan kami pun sudah keletihan. Kami mencari tempat makan dalam perjalanan kami ke tempat seterusnya. Selera kami masih kepada makanan padang memandangkan makanannya lebih kurang dengan selera Malaysia. Setelah makan kami menuju ke Pasar Satwa dan Tanaman Hias Yogyakarta (PASTY). Di sini terdapat dua kawasan yang dipisahkan dengan jalan raya besar. Satu kawasan adalah untuk haiwan dan satu lagi kawasan untuk tanaman. Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan dan liar yang ada di pasar ni. Tidak kurang dengan tanaman yang ada. Haiwan dan tanaman di sini adalah untuk dijual dan boleh dibeli dengan harga berpatutan. Ramai pengunjung yang datang ke sini.

Haiwan yang ada di PASTY
Kami pulang setelah penat berjalan kaki mengelilingi Kraton. Dan pada malamnya, kami makan malam hanya di rumah. Kami hanya membeli mi segera untuk dimasak sendiri.

Memasak di dapur Ostic House
Setelah berehat dan makan, kami menyaksikan aktiviti mingguan warga Jogja di Alun-alun Kidul (Selatan). Kami berpeluang keadaan malam di Alun-alun Kidul (Selatan) yang meriah.


Aktiviti basikal bercorak


Penulis,
Nabihah Taquddin

Trip 1: Fly To Jogja Baksis 45 (Hari pertama)

Tempat dan aktiviti yang kami lalui:

16 Julai 2016, Sabtu

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) boarding time 9.45 am
Adisutjipto International Airport (JOG) tiba pukul 11.30am (indo)
Ostic House
Makan malam di Rumah Makan Duta Minang Masakan Padang

KLIA 2

Kami bertolak dari UPM ke KLIA2 pada jam 6.30 pagi. Perjalanan kami ke sana menggunakan bas UPM yang telah disediakan. Tiba sahaja di sana, kami bertemu dengan kawan-kawan lain yang menggunakan pengangkutan sendiri.

Adisutjipto International Airport

Kami tiba di Adisutjipto International Airport pada jam 11.30 pagi waktu Indonesia. Ketibaan kami disambut oleh pihak Ostic House di ruang Kedatangan. Sepanjang perjalanan ke Ostic House, tempat penginapan kami, kami berkesempatan melihat persekitaran Jogjakarta.

Ostic House
Kami tiba di Ostic House dan disambut mesra oleh pekerja-pekerjanya. Setelah menunjukkan bilik dan memberikan penerangan tentang kawasan menarik untuk dilawati, kami berjalan di sekitar Ostic House yang berdekatan dengan gerai dan pasar raya. Kami mencari tempat makan yang selesa dan kena dengan selera kami. Akhirnya, kami memilih Rumah Makan Duta Minang Masakan Padanng.

Rumah Makan Duta Minang Masakan Padanng

Pada malam harinya, kami hanya berada di rumah memandangkan keadaan diluar ditemani hujan renyai-renyai. Ketika inilah, kami mula meluangkan masa bersama sambil membuat persiapan untuk lawatan ke Universitas Sanata Dharma (USD).

Luangkan masa bersama


Penulis,
Nabihah Taquddin

Saturday 23 April 2016

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang"




Program gerak sihat dan pembersihan sekitar kampus UPM yang akan dilaksanakan oleh kesemua pelajar Kokurikulum Berkredit semester 2, 2015/2016 pada 23 April 2016, bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

Program ini bermula pada pukul 7.45 pagi. Semua pelajar berkumpul di padang berhadapan PKKSSAAS. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah senam robik termasuk zumba. Semua pelajar aktif melakukan setiap pergerakan yang ditunjukkan oleh beberapa pelatih dan pelajar di atas pentas utama. Pelajar berkumpul mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu sebanyak tujuh zon.



Selesai senam robik iaitu pada pukul 8.20 pagi, diikuti pula kemasukan Naib Canselor UPM iaitu Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Datin Naib Canselor memberikan ucapan alu-aluan kemudian diikuti gimik perasmian Program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang" yang amat kreatif dan dramatik.


Aktiviti kedua ialah aktiviti gotong royong sekitar kawasan UPM mengikut zon yang telah ditetapkan. Kumpulan kami mendapat zon 8 iaitu di sekitar kawasan Persiaran Asam Jawa.

Setelah selesai bergotong-royong, kami berkumpul untuk berehat sambil menikmati kehijauan alam semester. Kami berkongsi pengalaman, kelebihan menjaga alam sekitar dan seterusnya berbincang mengenai program mobiliti ke Yogyakarta, Indonesia.