Saturday 23 April 2016

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang"




Program gerak sihat dan pembersihan sekitar kampus UPM yang akan dilaksanakan oleh kesemua pelajar Kokurikulum Berkredit semester 2, 2015/2016 pada 23 April 2016, bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

Program ini bermula pada pukul 7.45 pagi. Semua pelajar berkumpul di padang berhadapan PKKSSAAS. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah senam robik termasuk zumba. Semua pelajar aktif melakukan setiap pergerakan yang ditunjukkan oleh beberapa pelatih dan pelajar di atas pentas utama. Pelajar berkumpul mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu sebanyak tujuh zon.



Selesai senam robik iaitu pada pukul 8.20 pagi, diikuti pula kemasukan Naib Canselor UPM iaitu Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Datin Naib Canselor memberikan ucapan alu-aluan kemudian diikuti gimik perasmian Program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang" yang amat kreatif dan dramatik.


Aktiviti kedua ialah aktiviti gotong royong sekitar kawasan UPM mengikut zon yang telah ditetapkan. Kumpulan kami mendapat zon 8 iaitu di sekitar kawasan Persiaran Asam Jawa.

Setelah selesai bergotong-royong, kami berkumpul untuk berehat sambil menikmati kehijauan alam semester. Kami berkongsi pengalaman, kelebihan menjaga alam sekitar dan seterusnya berbincang mengenai program mobiliti ke Yogyakarta, Indonesia.