Friday 22 July 2016

Trip 1: Fly To Jogja Baksis 45 (Hari ke-3)

Tempat dan aktiviti yang kami lalui:

18 Julai 2016, Isnin

Universitas Sanata Dharma (USD)
Makan malam di Jalan Malioboro


Hari ini merupakan kemuncak bagi aktiviti mobiliti kami di sini iaitu Lawatan Ke Universitas Sanata Dharma (USD). Kami bertolak awal pagi menuju ke universitas dengan menaiki teksi. Tiba sahaja di sana, kami berasa teruja untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka.

Universitas Sanata Dharma

Kami disambut dengan baik oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Bu Titik Kristiyani. Kami dibawa ke Ruang Konferensi Magister Manajemen USDKami mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan program.

Daftar diri di hadapan Ruang Konferensi

Kami telah diberikan pengenalan daripada pihak USD dalam bentuk beg. Di dalam beg tersebut mempunyai buku nota, beberapa risalah berkenaan USD dan sebatang pen dicop USD.

Pengenalan dari USD

Pihak USD telah mengalu-alukan kehadiran kami di universitas mereka. Acara dimulakan dengan perkenalan diri dari pihak USD kepada kami mewakili warga Universiti Putra Malaysia. 

Pihak USD yang dimaksudkan ialah Romo Patrisius Mutiara Andalas, S.J, S.S, S.T.D, selaku Wakil Rektor III USD. Kemudian disambung oleh Bapak Fx. Ouda Teda Ena, M.Pd., Ed.D., selaku Wakil Rektor IV USD, memaparkan sekilas tentang USD mengenai akademik dan ko-kurikulum. Setelah itu, Bapak Johanes Eka Priyatma, M.Sc., Ph.D, selaku Rektor USD, menceritakan tentang perkembangan USD dari waktu ke waktu. Turut hadir menyambut kami ialah Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) USD atau lebih dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar kalau berada di Malaysia.

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Perkenalan dari Universitas Sanata Dharma

Kami diberikan peluang untuk memperkenalkan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengarah projek kami iaitu Vikneswaran Eiamurgu telah mewakili UPM untuk menceritakan serba sedikit mengenai UPM. Bermula dari struktur organisasi UPM sehingga mengenai kolej-kolej kediaman yang ada di UPM. Mereka mengenali UPM dengan lebih mendalam dan berhasrat untuk melebarkan lagi pendidikan seperti UPM. Meskipun USD merupakan universiti swasta di Yogyakarta, mereka mempunyai potensi dalam bidang pendidikan kerana awal penubuhan USD bermula dengan sebuah maktab pendidikan. 


Perkenalan dari Universiti Putra Malaysia

Peserta dari UPM dan USD memberikan tumpuan ketika perkenalan universiti

Bersama orang berpengaruh di USD

Setelah selesai perkenalan antara dua universiti yang berlainan negara, kami dihidangkan dengan minum pagi yang menyelerakan.

Minum pagi

Pelajar USD dan UPM

Kami telah dibawa oleh Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) untuk mengenali suasana pembelajaran di USD. Tempat pertama yang kami lawati adalah Kampus I yang berada seberang jalan daripada Kampus Manajemen.


Perjalanan ke Kampus I

Kemudian kami melewati kampus III yang terletak jauh ke dalam kota. Kami menaiki bas yang disediakan oleh USD untuk ke sana.

Bas USD

Kami meneroka persekitaran kampus III yang menggabung dua fakulti yang berbeza. Kami diberikaan penerangan oleh BEM mengenai pendidikan, dan kehidupan di kampus USD. Mereka sangat mesra dan melayani kami dengan baik. Kami dapat menjalinkan persahabatan bersama mereka tanpa mengira bangsa, agama dan umur.

Bilik kuliah yang dilengkapi cctv dan pemerhatian pensyarah melalui cermin gelap

Mahasiswa USD yang sedang melakukan aktiviti 

Toko yang diuruskan oleh pihak luar

Bilik pembacaan dilengkapi pendingin hawa

Persekitaran fakulti

Mengenali budaya masing-masing

Taman rama-rama yang sedang dibangunkan

Kami merasai buahan-buahan sambil berinteraksi sesama sendiri

Keadaan kami dalam bas yang rancak bersembang bertukar cerita

Kami pulang ke Kampus Utama iaitu Kampus II untuk melihat persekitaran di sana pula. Kebetulan semasa kami berada di sini, pendaftaran mahasiswa baru sedang dijalankan. Kami dapat menyaksikan proses pendaftaran USD. Tempat yang kami lawati ialah auditorium dan perpustakaan. Uniknya perpustakaan di sini mempunyai ruang luas sebelum memasuki ruang perpustakaan. Ruang luas ini mempunyai sebuah kedai buku dan ruangan untuk pameran.

Auditorium Driyarkara USD

Keadaan di dalam Auditorium Driyarkara USD

Perpustakaan USD

Kedai Buku yang berada dalam bangunan Perpustakaan USD

Selesai mengelilingi tiga kampus, kami memasuki semula Ruang Konferensi untuk sesi soal jawab dan majlis penutupan.


Sesi soal jawab antara pelajar UPM dan USD

Pemberian cenderamata daripada USD

Bergambar bersama BEM

Kami dihidangkan dengan jamuan tengah hari sebelum bersurai. Akhir sekali, kami dihantar pulang menggunakan bas USD.

Perjalanan pulang ke Ostic House

Pada malam hari, kami menaiki teksi untuk ke Jalan Malioboro. Kami menikmati keriuhan Jalan Malioboro yang dikatakan 24 jam operasinya. Terdapat banyak gerai di sini dengan menu yang sederhana. Harganya juga berpatutan. Secara jujur, Jalan Malioboro seperti pasar malam yang besar. Kami dapat mengetahui cara hidup orang di sini, cara jualannya dan cara mereka untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

Di gerai sate


Penulis,
Nabihah Taquddin

0 comments:

Post a Comment